home | media room career faq links sitemap | contact us    
 
   ABOUT ECER    MASTER PLAN    ECONOMIC CLUSTERS    KEY ENABLERS    DEVELOPMENT COUNCIL
 
 
Jualan Biri-biri "ECER Pekan Dorper Auction" 
Informasi mengenai Biri-biri Dorper
 
PETA KE AGROPOLITAN PEKAN, RUNCHANG, PEKAN, PAHANG
[ *Klik pada peta untuk saiz penuh ]
 
 
 
 
 
Jualan Biri-biri "ECER Pekan Dorper Auction"

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) buat julung-julung kalinya akan menganjurkan jualan biri-biri baka Dorper secara bidaan yang pertama di Malaysia pada 8 Ogos ini.

Orang ramai dijemput untuk mengambil bahagian di dalam jualan tersebut, yang akan melibatkan 500 ekor biri-biri baka Dorper yang diberi nama “Pekan Dorper”.  Biri-biri tersebut diternak di bawah projek Agropolitan Pekan, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Butiran mengenai Jualan Biri-biri “ECER Pekan Dorper Auction” tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh   : 8 Ogos, 2010 (Ahad)
Masa     : 10 pagi– 1 petang
Lokasi   : Tapak projek Agropolitan Pekan, Runchang, Pekan
 
               (*sila rujuk peta lokasi)

Bidaaan ini akan dikendalikan oleh para jurubida bertauliah daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Pahang.

Biri-biri baka Dorper yang mula-mula diperkenalkan di  Afrika Selatan merupakan hasil kacukan baka  Dorset Horn dan Blackhead Persian. Dikenali sebagai baka biri-biri paling produktif dengan potensi pembiakan dalam tempoh lapan bulan sahaja, biri-biri Dorper juga mudah menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan cuaca dan persekitaran.

BUTIRAN LANJUT MENGENAI BIRI-BIRI PEKAN DORPER 

Biri-biri Pekan Dorper yang akan dijual adalah dikelaskan mengikut enam kategori seperti berikut:
 
  1. Anak biri-biri jantan untuk sembelihan
  2. Anak biri-biri jantan untuk baka
  3. Anak biri-biri betina untuk sembelihan
  4. Anak biri-biri betina untuk baka
  5. Induk biri-biri betina singkiran untuk sembelihan
  6. Baka biri-biri pejantan singkiran untuk sembelihan
  7.  
Harga bidaan bagi biri-biri terbabit adalah bermula daripada RM300 ke atas.

Ternakan ini akan dilelong dalam kumpulan satu ekor sehingga 20 ekor mengikut kategori yang telah ditetapkan. Terdapat juga kombinasi ternakan seperti 3 ekor biri-biri betina dan 1 ekor pejantan, sesuai kepada bakal penternak yang ingin memulakan aktiviti penternakan biri-biri secara kecil-kecilan.

Turut ditawarkan ialah 100 ekor anak biri-biri jantan Pekan Dorper yang telah mencapai berat badan melebihi 40 kg, yang sesuai untuk sembelihan sempena sambutan bulan Ramadhan dan Syawal tidak lama lagi dan juga bagi tujuan ibadah aqiqah.

SYARAT-SYARAT AM BAGI SEMUA PEMBIDA

Sebagai panduan, para pembida dikehendaki mematuhi syarat-syarat am berikut di sepanjang acara Jualan Biri-biri “ECER Pekan Dorper Auction”:
  1. Pembida perlu mendaftar diri dan membayar yuran pendaftaran sebanyak RM10.00 untuk mendapatkan buku Auction Dorper sebelum upacara bermula.
  2. Pembida berdaftar sahaja dibenarkan berada di ruang pembida yang disediakan.
  3. Pembida boleh memeriksa biri-biri mulai jam 9.00 pagi dan bidaan bermula pada jam 11.00 pagi.
  4. Jurubida akan memulakan bidaan pada harga asas bagi setiap kelompok / lot yang telah dikategorikan dan membuka kepada pembida untuk menaikkan harga bidaan.
  5. Bidaan hendaklah dibuat mengikut kelompok / lot dimana setiap lot mengandungi 1-20 ekor biri-biri. Jenis biri-biri adalah untuk sembelihan dan untuk baka.
  6. Pembida perlu membida berdasarkan harga asas yang telah ditetapkan.
  7. Setiap bidaan akan melibatkan gandaan RM50.00 bagi setiap kelompok / lot ternakan yang dibida.
  8. Bidaan tertinggi adalah dikira sebagai pemenang.
  9. Pembida yang berjaya tidak boleh menarik diri atau membatalkan bidaan.
  10. Pembida yang berjaya hendaklah segera membuat bayaran penuh secara tunai jumlah harga satu kelompok / lot ATAU membayar 10% daripada harga bidaan secara tunai dan 90% lagi melalui cek atau Banker’s Cheque.
  11. Pembida yang telah membayar jumlah penuh bidaan hendaklah mengambil segera biri-biri atau selewat-lewatnya 7 hari daripada tarikh bidaan (bagi bayaran melalui cek, ternakan hanya akan diserahkan selepas cek dijelaskan oleh pihak bank)
  12. Pegawai dan kakitangan ECERDC, FELDA, sesiapa yang terlibat secara langsung dan saudara-mara mereka tidak dibenarkan membuat bidaan di Jualan Biri-Biri “ECER Pekan Dorper Auction”.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan Biri-biri ”ECER Pekan Dorper Auction”, pihak yang berminat boleh menghubungi Encik Mohd Yusof di talian  012-2587143 atau Cik  Norhafizah di  019-2775517.


 
English Version | Versi B.Malaysia
Keistimewaan Biri-biri Dorper
Sesuai dengan cuaca di Malaysia
Daya tahan penyakit yang tinggi
Berkeupayaan meluruhkan bulunya sendiri (mengurangkan tekanan haba)
Konformasi biri-biri pedaging yang baik
Tidak memilih makanan
Subur, kadar kelahiran mencapai sehingga 150% setahun, kelahiran kembar, triplet adalah biasa, kelahiran setiap 8 bulan (3 kelahiran dalam 2 tahun)
Ibu (ewe) mempunyai sifat keibuan yang tinggi dan banyak susu
Anak cepat membesar, boleh mencapai 40-45kg dalam 4-5 bulan, menghasilkan 18-22kg karkas

BIRI-BIRI BOLEH DISEMBELIH BAGI TUJUAN AQIQAH/KORBAN APABILA MENCAPAI UMUR SETAHUN (BERBANDING KAMBING -2 TAHUN)

Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan Biri-biri ”ECER Pekan Dorper Auction”, pihak yang berminat boleh menghubungi Encik Mohd Yusof di talian  012-2587143 atau Cik  Norhafizah di  019-2775517
 
 
 
 
 
Legal Notice • All rights reserved
ECERDC©2008