home | media room career faq links sitemap | contact us    
 
   ABOUT ECER    MASTER PLAN     ECONOMIC CLUSTERS    KEY ENABLERS    DEVELOPMENT COUNCIL  
News
Media Releases
Events
Videos
Downloads
Media Releases

800 Pencari Kerja, 20 Syarikat Bakal Sertai Karnival Kerja ECERDC

Marang, 8 Julai:  Lebih 800 pencari kerja dan 20 buah syarikat daripada pelbagai industri akan turut serta dalam karnival kerja anjuran bersama Majlis Pembangunan Wilayah Pantai Timur (ECERDC) dan Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia di Marang pada 10 Julai.

Bakal berlangsung di Pejabat Daerah Marang dari 9 pagi hingga 4 petang, karnival ini akan menarik calon-calon yang tinggal di kawasan bandar sekitar Kuala Terengganu dan Marang daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan. 

Kekosongan jawatan dalam bidang perakaunan, kejuruteraan dan pengurusan perniagaan runcit ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang turut serta kini terbuka kepada para graduan dan golongan muda. Antara jawatan lain yang turut ditawarkan adalah bagi pekerja mahir dan separa mahir serta operator pengeluaran.

Di karnival tersebut, para pengunjung boleh mendaftar dengan program KerJaya ECER anjuran ECERDC dan menghadiri temuduga terbuka yang dikelolakan oleh syarikat-syarikat terlibat. Para pencari kerja juga berpeluang mempeluaskan lagi rangkaian kenalan mereka dan memperolehi maklumat lengkap mengenai kerjaya di karnival itu kelak. 

“KerJaya ECER adalah program penjodohan kerja dan penempatan pekerja yang menyediakan peluang kepada bakal pekerja dan majikan,” menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Jebasingam Issace John.

“Bagi para majikan, proses pemilihan yang dikendalikan oleh ECERDC akan menjimatkan kos dan masa. Bagi bakal pekerja, mereka diberi jaminan akan bekerja dengan para majikan yang mempunyai reputasi yang baik diiktiraf oleh ECERDC dan dijamin dengan pendapatan bulanan antara RM1,200 hingga RM1,500,” tambahnya.

Menurut Dato’ Issace, penglibatan ECERDC dalam karnival kerja ini, seperti yang dianjurkan oleh Jabatan Tenaga Kerja dan Persatuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM), akan turut memanfaatkan penganjuran program sebegini oleh sektor awam dan swasta.

Bagi Program Peluang Penempatan Graduan (GPO) di bawah KerJaya ECER, para graduan yang berkelayakan akan ditempatkan di syarikat-syarikat yang terlibat selama dua tahun, dengan potensi diambil bekerja secara tetap pada akhir tempoh program berkenaan.

Sehingga kini, KerJaya ECER menarik lebih 1,475 para pencari kerja dan 43 buah syarikat di Terengganu yang telah pun berdaftar dengan ECERDC.

Lebih 210 pekerja telah diterima bekerja di negeri ini sejak program ini dilancarkan pada bulan Januari 2010. Sementara 600 peserta sedang menjalani latihan kemahiran di empat buah pusat latihan di Terangganu.  yang menawarkan 13 kursus kemahiran.

Kursus-kursus ini termasuk dalam bidang bukan teknikal seperti jahitan dan penyediaan makanan dan minuman serta dalam bidang teknikal dan teknologi maklumat, seperti program automasi dan rekabentuk kerja bagi industri minyak dan gas dan kejuruteraan.