Pihak ECERDC menjemput syarikat-syarikat menyatakan hasrat untuk mengendali dan menguruskan secara komersial projek pusat pembiakbakaan dan inovasi kambing di Kuala Berang, Terengganu.
Di antara komponen projek yang boleh dibangunkan termasuk ladang nuklues, kilang pemprosesan makanan haiwan, pusat latihan dan pemindahan teknologi dan ladang pengganda kambing.
Syarikat-syarikat yang berminat untuk mengambil bahagian boleh mendapatkan dokumen EOI secara percuma di pejabat-pejabat ECERDC mulai 4 Mac 2010.
Dokumen Penyataan Hasrat (EOI) yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut tidak lewat dari jam 12 tengahari, 5 April 2010.
Untuk maklumat dan keterangan lanjut, sila hubungi Sekretariat ECERDC di talian 03-2035 0021/22 atau e-mel kepada secretariat@ecerdc.com.my
SIla muat-turun dokumen di bawah untuk maklumat lanjut mengenai projek tersebut (memerlukan WinZip). |