LOKASI STRATEGIK
Taman Perindustrian Bersijil HALMAS
Taman Halal Pasir Mas (PMHP) merupakan taman industri berstatus HALMAS yang direka untuk menghasilkan produk makanan halal bernilai tinggi seperti herba, rempah-rempah, dan produk berasaskan daging serta produk bukan makanan.
Taman ini dibangunkan di atas tanah seluas 108 ekar, yang dibahagikan kepada Fasa 1 dan Fasa 2. Kompleks Perniagaan Usahawan (EBC) yang memenuhi keperluan usahawan kecil dan sederhana dibina sebagai sebahagian daripada Fasa 1.
Taman ini dilengkapi dengan infrastruktur asas termasuk jalan, bekalan air, elektrik, sistem kumbahan, dan telekomunikasi.
RUANG PEJABAT
UNTUK DISEWA
Sewa dari RM489 sebulan
- Berkeluasan dari 1221 kaki persegi
- Berada di tepi jalan utama
- Kawasan yang eksklusif
- Parkir percuma dan luas
Jumlah Ruang Pejabat
DEWAN SERBAGUNA
UNTUK DISEWA
Dewan yang terletak bersebelahan bangunan pejabat PMHP dan kedudukan yang strategik dan memudahkan serta selesa pengunjung untuk menhadiri majlis yang diadakan.
Dilengkapi dengan kemudahan:
- Ruang berhawa dingin
- Bilik menunggu
- Parkir yang luas
- Bilik solat
- Tandas
- Sistem audio visual untuk disewa