PERUTUSAN TAHUN BAHARU
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera saya ucapkan kepada seluruh Warga Kerja ECERDC yang saya kasihi.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana kita diberikan kesempatan untuk bersama-sama melangkah ke gerbang Tahun Baharu 2024. Dengan ketibaan tahun 2024 ini, maka bermulalah lembaran baharu dalam kehidupan kita.

Year 2023 that we are leaving behind is very special as it marked a significant milestone in our journey – ECERDC’s 15th anniversary. ECERDC’s 15th anniversary did not only mark the passage of time but a celebration of our achievement and a testament to our collective dedication, passion, and dedication of every individual who has contributed to our shared vision.

Ulang Tahun ECERDC ke-15 telah disambut dengan sederhana tapi cukup bermakna pada 13 Jun 2023 di pejabat ECERDC di Putrajaya di mana semua Warga Kerja ECERDC telah mendapat karikatur lakaran Aza sebagai cendera kenangan. Sambutan ini diteruskan di negeri-negeri ECER di Pahang, Terengganu dan Kelantan di mana siri seminar pelaburan Invest@ECER telah dianjurkan untuk berkongsi tentang kelebihan dan potensi ECER sebagai destinasi pelaburan yang berdaya saing kepada pelabur berpotensi dan sedia ada.

Pada tahun 2023, ECERDC telah berjaya menarik pelaburan komited bernilai RM10.3 bilion dan merealisasikan pelaburan berjumlah RM8.6 bilion.

We have worked hard at positioning and promoting ECER as the preferred investment destination as well as attracting and facilitating the realisation of investments into ECER in collaboration with the Malaysian Investment Development Authority (MIDA) and other strategic partners. I have full confidence in warga kerja ECERDC’s capability and our flexibility to navigate any challenges.

Dengan izin Allah S.W.T berserta sokongan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, perancangan ECERDC untuk menjadikan wilayah ECER sebuah destinasi pelaburan pilihan yang mampu meningkatkan sosioekonomi rakyat akan menjadi kenyataan. In Sya Allah.

Sepanjang 15 tahun penubuhan ECERDC, Wilayah ECER telah menyaksikan pelaksanaan banyak projek-projek strategik berimpak tinggi seperti Peluasan Pelabuhan Kuantan, Menara Kuantan 188, Jambatan Angkat Kuala Terengganu, pembangunan semula Kampung Laut yang melibatkan pemindahan Masjid Kampung Laut yang bersejarah, Tanjung Penyabong Waterfront, Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang kini sedang giat dalam pembinaan. Apabila siap pada tahun 2027 kelak, ECRL bakal menjadi “jambatan darat” atau “landbridge” yang akan menghubungkan Pelabuhan Kuantan ke Pelabuhan Klang di Pantai Barat seterusnya membuka peluang pembangunan berorientasikan transit (TOD) baru di sepanjang laluan tersebut dari Tunjong ke Pelabuhan Klang. Diharapkan kelak, terminal bas seperti Kota Bharu Sentral, Kuala Terengganu Bus Terminal dan Terminal Sentral Kuantan akan setanding dengan Stesen Sentral Kuala Lumpur dan dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat Pantai Timur.

Selain daripada ini, tahun 2023 menyaksikan 5 projek berjaya disiapkan iaitu:
i. Projek Perlindungan Pantai di sepanjang Jalan Lapangan Terbang Kuala Terengganu (KTAR)
ii. Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali
iii. Pembangunan Pantai Hiburan Rompin
iv. Pembangunan PETA Rainforest Discovery Centre
v. Naiktaraf Jeti Kampung Salang, Pulau Tioman

I am also proud to put on record the achievement of 2 million safe man-hours in 2023. This milestone embodies our unwavering dedication to safety within our organization.

ECERDC turut memberi tumpuan kepada usaha-usaha menangani isu sekuriti makanan melalui inisiatif agrofood@ECER, bagi menggalakkan pertanian berskala komersial yang diterajui oleh sektor swasta dan menarik pelaburan-pelaburan baharu dalam sektor pertanian, terutamanya dalam industri tenusu, seiring dengan seruan Kerajaan Persekutuan untuk menjadikan sektor pertanian sebagai salah satu tonggak ekonomi.

Justeru, pelantikan Kumpulan Syarikat Induk untuk projek Lembah Tenusu Jemaluang (JDV) pada April 2023 adalah satu milestone yang penting buat ECERDC. Projek JDV juga telah mendapat Anugerah Perak daripada Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH). Pada masa yang sama, menerusi Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), ECERDC akan terus memperluaskan program fertigasi cili komersial berskala besar ke negeri-negeri ECER. ECERDC telah melaksanakan projek perintis fertigasi cili seluas 5 ekar di Segamat, Johor dengan menggunakan aplikasi teknologi IoT dan projek ini dijangka akan memberikan hasil pertama pada bulan Februari 2024.

Our aim is not merely to expand agricultural production, by nurturing high-potential agricultural initiatives, we aim to address food security concerns while also bolstering socio-economic development within our communities.

Success is not only measured by what we’ve accomplished, it is also about who we’ve positively impacted and how we give back to the community we serve. Our commitment to Human Capital Development extends beyond conventional boundaries. We strive to create an ecosystem that nurtures local talents and encourages entrepreneurship within our communities to meet future demand. Through strategic partnerships and tailored programmes, we aim to unlock the full potential of every individual in ECER.

Mengambil iktibar daripada pengalaman menerajui ECERDC sepanjang tahun 2023, saya ingin menyeru semua Warga Kerja ECERDC untuk melangkah ke tahun 2024 dengan semangat dan keazaman yang baharu.

There is a lot left to be accomplished. In 2024, we will be launching the ECER Master Plan 3.0 which will chart the region’s way forward for 2025 and beyond. This comprehensive roadmap will be a testament of our dedication towards driving sustainable economic growth, attracting high quality investments and transforming the agribusiness sector in the East Coast region.

Each one of us has a unique role to play. Warga Kerja ECERDC’s greatest strength lies in our collective ability to rise above challenges as a team. Let us move forward with confidence and determination towards achieving our goals.

Saya dedikasikan serangkap pantun untuk Warga Kerja ECERDC.

Pergi ke Kuala Terengganu membeli asam,
Biarlah lebih jangan kurang;
Kuatkan usaha mencapai azam,
Kejayaan pasti akan datang.

In 2024, let’s turn every challenge into an opportunity. Perhaps the impossible will become possible for everyone next year. Happy New Year!

Like & Follow ECERDC Social Media

Stay connected, stay updated.

Follow us on Social Media Facebook Instagram Tiktok Linkedin