You are currently viewing Mini Pizza Muslim dan Tender Kantin Sekolah

Mini Pizza Muslim dan Tender Kantin Sekolah

Marwani binti Abdullah:

Beliau mengikuti kursus empowerECER dalam bidang Bakeri dan Pastri di jajahan Kuala Krai. Beliau berjaya mendaftarkan Lesen Kewangan dengan Kementerian Kewangan Malaysia untuk mengembangkan perniagaan dan memperolehi Tender Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kuala Krai sehingga sekarang. Kini beliau mempunyai 8 orang pekerja yang terdiri daripada ibu tunggal di kantin sekolah dan membuat Mini Pizza Muslim serta mampu meraih pendapatan sehingga RM39,000.00.