Program empower ECER Latihan Akademik terbukti Lahirkan Pelajar Cemerlang UPSR

“Program empower ECER Latihan Akademik terbukti Lahirkan Pelajar Cemerlang UPSR”

“Program empower ECER Latihan Akademik telah menbuat saya Berjaya”. Itu adalah luahan adik Raja Ahmad Iskandar bin Raja Ismail, pelajar dari Sekolah Kebangsaan Pasir ,Besut yang telah memperoleh 6A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan pada 23 November semalam. Adik Raja Ahmad Iskandar adalah antara kalangan 10 orang pelajar empower ECER yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR. Menurut adik Raja Ahmad Iskandar, pembelajaran menggunakan kaedah peta minda dan kata kunci yang didedahkan oleh guru-guru di dalam program empower ECER sangat membantu beliau untuk memahami dan mengingati topik tertentu bagi setiap matapelajaran sekaligus membantu beliau untuk meningkatkan pencapaian akademik.

Program empower ECER Latihan Akademik adalah sebahagian daripada Program Pembangunan Modal Insan anjuran Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama rakan strategik, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Program ini bertujuan membantu pelajar yang berlatarbelakangkan keluarga dari kategori kumpulan B40. Program ini dimulakan pada Januari 2017 telah memberikan impak yang besar di dalam peningkatan pencapaian pelajar UPSR. Seramai 221 orang pelajar UPSR dari tiga daerah iaitu Daerah Besut (100 Orang), Setiu (100 Orang)  dan Kuala Nerus (21 Orang) telah mendapat manafaat daripada program ini. Selain pelajar UPSR terdapat 214 orang pelajar PT3 dan 216 orang pelajar SPM juga dari Daerah Besut, Setiu dan Kuala Nerus yang turut terlibat di dalam program empower ECER ini.

Selain adik Raja Ahmad Iskandar, adik Khairul Irfan bin Rozi adalah satu-satunya pelajar empower ECER dari  jumlah keseluruhan 21 orang pelajar Daerah Kuala Nerus yang berjaya mendapat keputusan 6A. Beliau adalah pelajar daripada Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot, Adik Khairul Irfan bercita-cita menjadi seorang Jurutera setelah mendapat pendedahan daripada program STEM, iaitu salah satu pengisian program empower ECER Latihan Akademik,  UMT.  “Teknik-teknik yang efektif dalam menjawab soalan peperiksaan yang dikongsi oleh guru-guru pakar didalam Kem Teknik Menjawab membantu beliau untuk mejawab soalan peperiksaan dengan yakin,’’ katanya.

Bagi  daerah Setiu pula, adik Nur Adrinna  binti Mohd Fauzi dan juga adik Issaura Nur Aqasya binti Kamaruddin  daripada Sekolah Kebangsaan Telaga Papan merupakan antara pelajar yang memperolehi keputusan A bagi semua mata pelajaran . Menurut adik Nur Adrinna dan adik Issaura Nur Aqasya, Kelas Latih Tubi pada setiap minggu serta Kem “Smart Learning”  dan Kem “Smart Leader” yang dijalankan melalui Program empower ECER Latihan Akademik telah berjaya meningkatkan penguasaan bagi matapelajaran yang kritikal terutamanya Matematik dan Bahasa Inggeris. Mereka turut berkongsi rasa bangga kerana terpilih didalam program empower ECER Latihan Akademik ini.

Ketua Projek, Dr. Mohd Nizam bin Lani menjelaskan kejayaan program empower ECER adalah kerana program ini disusun dengan memberi penekanan bukan sahaja kepada aspek akademik semata-mata, namun aspek sahsiah juga amat dititikberatkan. Program sahsiah meliputi program motivasi, STEM, program jati diri dan pembangunan sahsiah serta lawatan akademik memberikan pendekatan menyeluruh untuk membangun modal insan pelajar secara holistik bagi melahirkan pelajar yang berketerampilan dan berkeyakinan tinggi. Jalinan kerjasama erat di antara pihak UMT, ECERDC, JPNT , PPD Besut, PPD Setiu dan PPD Kuala Nerus adalah rahsia kelancaran program yang dilaksanakan di dalam program empower ECER. Ia turut dibantu dengan penglibatan daripada guru pakar, guru penggubal dan pemeriksa soalan yang menjadi nadi kepada kejayaan para pelajar ini. Sokongan dan komitmen yang ditunjukkan oleh pihak ibu bapa kepada program empower ECER  juga sangat memberi impak kepada pelaksanaan program yang dijalankan. Semua pelajar cemerlang empower merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak ECERDC dan UMT di atas pelaksanaan program ini.