Program Peningkatan Bakat ECER (ETEP) merupakan program pembangunan modal insan dan memperkasakan graduan ECER yang bertujuan untuk memastikan bekalan tenaga kerja yang mencukupi dan sesuai dengan kehendak industri di Wilayah Pantai Timur. ETEP adalah inisiatif ECERDC untuk menyokong secara aktif Rakyat dan pelabur-pelabur ECER yang terkesan oleh wabak pandemik COVID-19.
Program ini mempunyai dua kumpulan sasaran:
i. Bagi individu
Menyediakan latihan dan kursus kemahiran teknikal sejajar dengan permintaan tinggi daripada industri. Kursus - kursus yang ditawarkan memberi nilai tambah dan meningkatkan kebolehpasaran para peserta.
ii. Bagi syarikat
Memberi sokongan kepada pelabur, PKS dan usahawan di ECER untuk melatih dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja sedia ada dan baharu.
Aras 3, Menara PjH No.2,
Jalan Tun Abdul Razak,
Precinct 2,
62100 Putrajaya,
Malaysia
Tel : +603 8885 0000
Fax : +603 8885 0020
IKUTI KAMI