ANAK SYARIKAT SAMSUNG BANGUN KOMPOSIT POLIMER KENAF

SYMPHONY Advance Sdn Bhd (SASB) dan Samsung Cheil Industries
Incorporated, Korea Selatan yang kini menjalin usaha sama membangun dan
mengeksport komposit polimer kenaf, mengintai peluang pasaran di Korea
Selatan dan Jepun.
Kedua-dua syarikat itu menetapkan sasaran awal untuk mengeksport 1,000 tan
serbuk kenaf sebulan ke Korea Selatan dengan matlamat meningkatkannya
kepada 2,000 tan sebulan membabitkan penghantaran ke Jepun.
Serbuk kenaf digunakan dalam pengeluaran bahan komposit polimer kenaf untuk
mengeluarkan bahagian elektronik dan automotif.
Pengarah Urusannya, Iman Shah Ismail, berkata kenaf ialah tanaman industri
mesra alam dan bahan organiknya diperakui Protokol Kyoto sebagai bahan yang
boleh membantu menangani pemanasan global.