PUTRAJAYA, 9 Jun (Bernama) – Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) berjaya melahirkan usahawan luar bandar dan meraih pendapatan mencecah RM60,000 sebulan.
Dalam satu kenyataan, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berkata program modal insan yang mempunyai serampang dua mata menumpukan kepada penduduk luar bandar termasuk ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), belia dan mereka yang berpendapatan rendah (B40) bertujuan meningkatkan pendapatan dan taraf hidup peserta.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi ECERDC hari ini menyampaikan Anugerah Usahawan empower ECER kepada 15 usahawan yang berjaya dalam perniagaan dan bidang masing-masing di Bangunan Perdana Putra di sini.
— BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1254090