BPM Perkenal Khidmat Baru Pertanian Jun

4/5/2008 — myMetro
Dalam kenyataan semalam, BPM berkata inisiatif itu akan memberi pendedahan kepada komuniti pertanian di kawasan pembangunan itu.
Pengurus Besarnya, Martini Osman, berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan beberapa produk dan perkhidmatan terbaru itu yang akan dilancarkan bermula suku kewangan kedua depan bagi memenuhi kehendak yang tinggi daripada komuniti berkenaan.
“Bagi melancarkan rancangan itu, kami juga memudahkan akses kepada pinjaman selain mengemaskini polisi pinjaman, sistem penyampaian dan meningkatkan sistem ICT,” katanya.
Kemudahan itu membabitkan penyediaan syarat cagaran yang longgar terutama bagi kemudahan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Martini berkata, menerusi pengenalan identiti korporat ini, pihaknya akan memperluas skop pinjamannya, memperkenalkan produk baru dan mengemaskini kemudahan sedia.