Tanaman ganti tembakau beri peluang lebig tinggi di kawasan ECER
BANK Pertanian Malaysia (BPM) memperuntukkan inisiatif RM 68
juta sepanjang tahun lalu bagi memastikan penanam tembakau di
kawasan Koridor Ekoniomi Wilayah Timur (ECER) tidak menghadapi
kerugian besar berikutan peralihan kepada penanaman pokok kenaf.
Pengurus Besarnya, Martini Osman, berkata peruntukkan itu sebagai
memberi sokongan kepada petani tembakau yang mahu beralih
kepada penanaman pokok kenaf yang lebih berpotensi.
“Dengan harga global sekitar RM700 sehigga RM1,200 bagi satu tan,
potensi pokok kenaf dilihat amat tinggi berbanding harga tembakau.
“Lebih-lebih lagi apabila negara ini melaksanakan Zon Perdagangan
Bebas Asean (Afta) yang dijangka berkuat kuasa pada 2010,
kerajaan akan mengurangkan duti tembakau import sekali gus tahap
kompetitif tembakau tempatan menurun,” katanya dalam kenyataan
di Kuala Lumpur, semalam.
Kenaf adalah tanaman industri bagi menggantikan tembakau yang
diusahakan lebih 15,000 petani sejak 30 tahun lalu terutama di
Kelantan dan Terengganu.
China, Bangladesh, Thailand dan Myanmar menyumbang 95 peratus
daripada pengeluaran kenaf dunia iaitu berjumlah tiga juta tan
setahun.
Antara kegunaan kenaf ialah sebagai bahan makanan ternakan dan
diproses untuk penghasilan fiber.
Ketika ini terdapat kira-kira 300 hektar lading kenaf di Kelantan
dengan 20 peratusnya mula dituai dan dijual kepada pihak swasta.Martini berkata, inisiatif sebanyak RM68 juta itu adalah antara usaha
serius BPM bersama dengan petani menyertai ECER selain dapat
memberi galakan dan motivasi kepada petani.
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Tembakau Negara (LTN), Datuk
Mohd Zain Ismail, dalam kenyataan yang sama, berkata menerusi
ECER keluasan yang disasarkan untuk penanaman kenaf ialah
seluas 10,000 hektar.
Katanya, ini sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan kepada
penduduk tempatan selian pendapatan petani turut bertambah
dengan penanaman pokok kenaf itu.