ECER: Jana Pembangunan Mersing

6/10/2009 — Utusan Malaysia, Ekonomi
Mersing akan dimajukan sebagai destinasi dan gerbang pelancongan ke gugusan pulau Mersing di bawah pelan induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ECER, Datuk Jebasingam Issace John berkata, lima projek telah dikenal pasti di bawah pelan induk ECER dan dijangka menjana ekonomi Mersing menjelang 2020.
Beliau berkata, menurut pelan induk ECER, Mersing mempunyai potensi besar bagi pelancongan eko, pelancongan persisiran pantai tanah besar dan pelancongan pulau.
“Untuk meningkatkan peluang keusahawanan, beberapa inisiatif pembangunan social dan modal insan akan diperkenalkan.
Projek-projek ECER ini saling berkait dan akan meningkatkan kedinamikan wilayah tersebut,” katanya.
Kawasan persisiran pantai Mersing akan dibangunkan menjadi destinasi pelancongan bersepadu melalui pembagunan hotel dan resort persisiran pantai, kawasan perniaganan komersial baharu serta kompleks jeti untuk aktiviti melawat pulau-pulau berdekatan.