Harian Metro, Bisnes; Apr 24, 2008
FIRST Dairy Farm (M) Sdn Bhd (Fidaf), pelabur di bawah pelan induk Wilayah
Ekonomi Pantai Timur (ECER) dijangka menghasilkan lebih lapan juta liter susu
setahun apabila ladang tenusunya yang berharga RM50 juta memulakan
operasinya bulan ini.
Ladang seluas 446 hektar di Muadzam Shah, Pahang, kawasan yang
dikhususkan bagi kegiatan penternakan lembu dan penghasilan tenusu.
Ladang itu akan mempunyai kandang tertutup pertama di Malaysia, yang
dilengkapi unit kawalan berhawa dingin bagi mewujudkan keadaan iklim serupa
dengan tempat asal lembu peliharaan.
Presiden Fidaf, Datuk Wan Abdullah Wan Salleh, berkata di bawah fasa pertama
pembangunan syarikat itu akan mendirikan tiga bangsal dengan setiap satu
menampung kira-kira 100 lembu.
Ladang tenusu itu akan dimajukan dalam empat peringkat. Kumpulan pertama
sebanyak 284 lembu Jersey dari Australia baru saja tiba dan kami menjangkakan
jumlah ini akan meningkat empat kali ganda kepada 1,136 lembu dalam fasa
kedua operasi kami menjelang akhir tahun,” katanya dalam satu kenyataan di
Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata, susu lembu itu akan diperah dua kali sehari dan setiap lembu
tenusu dijangka menghasilkan 22 liter susu segar setiap hari.