5/18/2010 — Berita Harian
Sebuah syarikat minyak dan gas dari Arab Saudi menunjukkan minat membuka hab petrokimia di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi menampung pasaran Timur Jauh dan Asia Pasifik.
Penasihat Pembangunan Koridor di Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi pada mesyuarat perniagaan di Jeddah, syarikat itu menggalakkan Malaysia meneroka potensi model Brazil dalam membuka kilang penapisan, dengan menggunakan aktiviti petrokimia.
”Turut dibincangkan ialah jika bekalan gas boleh dibekalkan, aktiviti hiliran boleh dibangunkan di Malaysia,” katanya di Jeddah semalam.
Abdullah mengetuai misi pelaburan Majlis Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) ke Asia Barat, termasuk Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu, Riyadh dan Jeddah di Arab Saudi dari 7 hingga semalam.
Misi itu, susulan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Arab Saudi pada Januari, bertujuan menarik pelabur selain meningkatkan hubungan perniagaan dua hala dengan negara Asia Barat.
Abdullah berkata, beliau memberitahu pelabur Petronas memilik kompleks petrokimia bersepadu terbesar di Kertih, Terengganu.