KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) — Majlis Pembangunan Wilayah
Ekonomi Pantai Timur (ECER), sebuah badan berkanun, akan
mengambil petugas pengurus besar dengan kepakaran dalam bidang
pertanian, pembangunan sosial dan
hartanah/pelancongan/pembuatan.
Calon berminat hendaklah pemegang ijazah dan profesional dengan
pengalaman kerja minimum 15 tahun, dengan sekurang-kurangnya
pendedahan 10 tahun kepada bidang masing-masing.
Mereka hendaklah juga mempunyai kemahiran pengurusan,
kepimpinan, pembinaan perhubungan, komunikasi, persembahan,
perundingan dan pemasaran yang cemerlang, sekretariat ECER
berkata dalam satu kenyataan hari ini.
Calon bagi setiap jawatan akan bertanggungjawab bagi mereka
bentuk rancangan dan matlamat pembangunan strategik, katanya.
Mereka juga akan menerajui sebuah pasukan untuk mengurus dan
melaksanakan inisiatif dan projek pertanian, pembangunan sosial,
hartanah, pelancongan dan pembuatan seperti digariskan dalam
pelan induk ECER, tambahnya.
Lebih banyak maklumat boleh didapati daripada laman web
www.ecerdc.com. Tarikh akhir bagi permohonan ialah 14 April, 2008.
— BERNAMA