10/14/2010 — Harian Metro
PANGKALAN Bekalan Pengguna Bersama Pelbagai Guna yang bakal dibina di Taman Industri Minyak Gas dan Logistik Tanjong Agas di Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur ECER SEZ dijangka mewujudkan kira-kira 2 000 peluang pekerjaan dan keusahawanan apabila beroperasi sepenuhnya menjelang 2013.
Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Jebasingam Issace John berkata pangkalan baru itu bakal dibina, dimiliki, diurus dan dikendalikan secara bersama antara Tanjong Agas Supply Base Marine Services Sdn Bhd (TASBMS) dan Oilfields Supply Center Ltd (OSC) syarikat berpangkalan di Dubai menerusi syarikat usaha sama ditubuhkan kedua-dua pihak Tanjong Agas Oilfields Supply Centre Sdn Bhd (TAOSC).
TASBMS dan OSC turut memberi komitmen untuk melabur RM620 juta (AS $200) juta bagi pelaksanaan peringkat permulaan untuk membangunkan pangkalan bekalan terbabit katanya pada majlis menandatangani perjanjian antara TASBMS dengan OSC di Kuantan baru baru ini.
Perjanjian ditandatangani Pengerusi TASBMS Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan Pengurus Besar Perhubungan Korporat OSC Iqbal Mohammed Abdullah Abedin.