Pendaftaran Projek ECER Kini Dibuka

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) — Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai
Timur (ECER) mempelawa perunding dan pakar industri yang berkelayakan untuk
mendaftarkan minat mereka bagi menjalankankan kajian kemungkinan dalam beberapa
bidang ekonomi.
Kepakaran diperlukan bagi bidang perniagaan kewangan, terutamanya dalam analisis
pasaran, daya maju perniagaan, kebolehlaksanaan kewangan, struktur pelaburan,
kewangan korporat dan struktur pengurusan.
Majlis itu dalam satu kenyataan hari ini berkata projek tersebut mencari pakar dalam
sektor pelancongan, pembuatan, pengangkutan, pertanian, alam sekitar dan prasarana.
Sementara itu pakar kajian sosio ekonomi dalam bidang kemiskinan, komuniti
perniagaan dan perindustrian Bumiputera, serta pembangunan PKS juga digalakkan
memohon.
Borang pendaftaran dan dokumen prasyarat boleh diperoleh sama ada menerusi muat
turun daripada laman web ECER di www.ecerdc.com/prequaliforms; faks di talian 03-
2231 0020 atau dengan menghantar emel kepada prequal@ecerdc.com.
Permohonan borang perlu diserahkan sebelum 18 Februari manakala borang yang telah
siap diisi perlu dipulang dan diserahkan pada atau sebelum 25 Feb.
— BERNAMA (Ekonomi)