12/18/2008 — Majlis Pembangunan ECER
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Deraf Pelan Induk ECER, yang mengandungi kenyataan bertulis merumuskan cadangan-cadangan bagi rangka kerja, visi, objektif serta strategi bagi pembangunan ECER yang menyeluruh, sama ada dari segi fizikal, ekonomi dan sosial, telah pun diluluskan oleh kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang and Johor.
Pelan Induk ECER kini sudah sedia untuk pemeriksaan di Bilik 3603, Aras 36, Menara 1, Menara Kembar PETRONAS,50088 Kuala Lumpur pada 22 Disember 2008, dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.