PM Rasmi Taman Plastik ECER

11/17/2008 — Utusan & Berita Harian
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melancarkan taman industri plastik bersepadu di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) pada 2 Disember ini.
ECER dalam kenyataannya di sini berkata, taman industri plastik yang terletak di Kertih, Terengganu di kawasan seluas 140 hektar dikenali sebagai Lot LQ, akan menjadi hab industri plastik selain menawarkan aktiviti sokongan berkaitan.
“Projek itu dijangka menjana pelaburan sehingga RM1.3 bilion dan akan menjadi nukleus bagi pembangunan industri plastik bukan sahaja dalam bidang teknologi malah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pekerja tempatan khususnya dalam bidang plastik,” kata ECER.
Taman plastik bersepadu sepenuhnya yang pertama di Malaysia, sebuah projek utama di bawah pelan induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), akan dilancarkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi pada 2 Disember ini.
Kertih Plastik Park (KPP) di Kertih, Terengganu, akan berfungsi sebagai hab menyokong aktiviti pengeluaran plastik dan berkaitan plastik dan juga penyedia perkhidmatan di atas tapak 140 hektar.