Projek pelabuhan bukti kerjasama baik Kerajaan Pusat, kata Nik Aziz

9/10/2009 — Utusan Malaysia
Persetujuan Kerajaan Pusat untuk membina pelabuhan di Semerak, Pasir Puteh, di bawah pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Timur (ECER) membuktikan ia memberikan kerjasama terbaik kepada kerajaan negeri Kelantan walaupun terdapat pelbagai kontroversi antara kedua pihak ketika ini, kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kata Nik Aziz, beliau dimaklumkan oleh Kerajaan Pusat mengenai persetujuan bagi membina pelabuhan berkenaan, dan pihaknya sudah menyediakan satu tapak khas di kawasan itu bagi tujuan tersebut.
“Ini membuktikan bahawa Kerajaan Pusat memberikan kerjasama yang terbaik kepada kerajaan negeri walaupun di sebalik pelbagai kontroversi yang timbul sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kilang Paip Besi Keluli di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa 11, di sini, hari ini. – Bernama