SASB mahu bangun komposit polimer kenaf

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Symphony Advance Sdn. Bhd. (SASB) akan memeterai
perjanjian dengan Korea Samsung Cheil Industries Incorporated bagi menjalinkan
kerjasama teknikal untuk membangun dan mengeksport komposit polimer kenaf.
Perjanjian yang akan diadakan di Kelantan pada 22 Ogos itu akan disaksikan oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kata satu kenyataannya di sini
hari ini.
Samsung Cheil Industries Incorporated adalah pengeluar bahan-bahan fesyen, kimia
dan kimia elektronik terkemuka di Korea yang mana produk utamanya adalah resin
sintetik seperti Acrylonitrile butadiene styrene (ABS), Polystyrene (PS) dan bahan-bahan
kimia elektronik untuk semikonduktor dan paparan digital.