Sinar ECER bantu pelajar miskin

11/22/2010 — Utusan
Seramai 70 kanak-kanak dari kalangan keluarga peserta Agropolitan Pekan menyertai program Sinar ECER ‘Kids Camp’ yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Runchang di sini baru baru ini.
Aktiviti perkhemahan yang berlangsung selama dua hari itu adalah anjuran bersama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasingam Issace John Sinar ECER melambangkan pendekatan secara menyeluruh Majlis itu dalam membantu para keluarga Agropolitan menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.
“Projek Agropolitan ECER adalah untuk menyediakan sumber pendapatan tetap kepada keluarga miskin tegar termasuklah keluarga Orang Asli dan pada masa sama mendidik anak-anak para peserta agar mampu berdikari berdaya saing dan berjaya dalam pelajaran,” katanya.
Sehingga kini, seramai 95 peserta kanak-kanak telah mengikuti program Sinar ECER ini iaitu 70 daripada projek Agropolitan Pekan dan 25 daripada projek Agropolitan Gua Musang.
Sepanjang beriangsungnya ‘Kids Camp’ para peserta diajar cara bagaimana untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi melalui aktiviti suai kenal serta meningkatkan kebolehan untuk bekerja secara berkumpulan dalam aktiviti ‘team-building’.
Selain itu ceramah motivasi turut diadakan sebagai usaha untuk mengalakkan para peserta menerokai potensi diri masing-masing dan merebut peluang peluang baru dalam bidang pendidikan.
Objektif penganjuran program tersebut adalah bagi meningkatkan kecemerlangan akademik serta membangunkan cara pemikiran para peserta, di samping membentuk sahsiah diri mereka.
Program itu juga bertujuan memperkasakan para peserta dengan kemahiran pengurusan kendiri, pemikiran kreatif dan kebolehan berkomunikasi.