Sinar Harian – empower ECER tingkat kualiti pelajar

KOTA BHARU – Program Latihan Akademik yang dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) menyasarkan peningkatan pencapaian akademik bagi calon dari keluarga kurang berkemampuan.

Penolong  Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Rosdi Ab Rahman berkata, menerusi program Empower ECER ‘Move The Heart’ mampu memberi motivasi kepada calon Pentaksiran Peperiksaan Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Sebelum ini, calon ini mendapat pencapaian rendah dalam pembelajaran, jadi empower ECER mengambil mereka dengan memberikan motivasi dan latihan akademik bagi membolehkan mereka lebih cemerlang dalam peperiksaan.

“Pelajar terpilih untuk mengikuti program empower ECER Latihan Akademik tahun ini adalah mereka yang mempunyai purata pencapaian Gred C dan ke bawah untuk setiap mata pelajaran peperiksaan utama,” katanya selepas Program ‘Move To Heart’ di UMK Kampus Kota, di sini, semalam.

Turut  hadir merasmikan program itu, Ahli Lembaga Pengarah UMK, Datuk Hanafi Mamat.

Pada program berkenaan, 800 peserta hadir, terdiri daripada 160 calon PT3 dari sekolah-sekolah daerah Bachok dan Ketereh.

Rosdi berkata, usaha berkenaan turut membimbing dan menyedarkan calon tentang tanggung jawab mereka sebagai pelajar .

“Ia mampu mewujudkan pelajar yang mempunyai azam untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan serta berketerampilan sebagai pemimpin berwibawa.

“Program ini memberikan semangat dan kekuatan mentaliti dan emosi mereka untuk menghadapi peperiksaan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/kelantan/empower-ecer-tingkat-kualiti-pelajar-1.563211