Sinar Harian Online – empower Ecer: Jom Ke U bermanfaat

jom ke u programme

Peserta ceria menjayakan aktiviti yang dilaksanakan pada program Empower Ecer: Jom Ke U, baru-baru ini.

MACHANG – Pelaksanaan program ‘Empower Ecer: Jom Ke U’ memberi pendedahan kepada pelajar tentang suasana pembelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sekali gus meningkatkan kesungguhan mereka untuk mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan yang bakal diduduki.

Ketua Pegawai Eksekutif UiTM Technology Centre Sdn Bhd, Kartini Mohd Basri berkata, program tersebut melibatkan 180 pelajar daripada tiga sekolah di sini dan empat sekolah dari Tumpat.

Katanya, program kerjasama antara UiTM Technology Centre dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) tersebut bertujuan meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam pelajaran seterusnya membina rohani dan jati diri yang mantap.

“Program Empower Ecer Latihan Akademik di kawasan Machang dan Tumpat ini mula diperkenalkan pada tahun 2016 dengan menyasarkan peningkatan dalam pencapaian prestasi akademik pelajar-pelajar di dalam peperiksaan utama seperti UPSR, PT3, dan SPM.

“Golongan sasaran adalah calon peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM dari latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan serta lemah dari segi pencapaian akademik,” katanya selepas majlis perasmian penutup program Empower Ecer: Jom Ke U.

Secara keseluruhannya, 15 sekolah terlibat pada program tersebut termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Pinang, SK Sri Tumpat 2, SK Padang Mandol,SK Bendang Pak’ Yong, SK Paloh Rawa, SK Ayer Merah, SK Sungai Bagan dan SMK Machang.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/empower-ecer-jom-ke-u-bermanfaat-1.528106