Kehidupan keluarga yang serba kekurangan mendorong beliau untuk belajar bagi mengubah nasib keluarga. Ayah dan ibu menoreh getah untuk menyara keluarga. Ifadila menggunakan sebaik mungkin peluang yang diberikan oleh sekolah dan program empowerECER untuk meningkatkan prestasinya. Beliau adalah Penolong Pengawas Pusat Sumber serta aktif dalam aktiviti sukan olahraga dan pernah mewakili sekolah ke peringkat daerah.
Sekolah: SMK Lepar Pekan, Pahang
Keputusan Sebelum empowerECER: 5A, 1B, 1C, 1E
Keputusan Selepas empowerECER: 6A, 1B, 1D