[dynamic_page_shortcordx class="dynamic_page_sidebar" exclude="" aorder="true"]

Rangkaian Perhubungan Darat, Udara dan Laut

Komitmen Kerajaan dalam membangunkan projek infrastruktur berimpak tinggi memastikan para pelabur di ECER menikmati rangkaian perhubungan yang cekap di dalam negara dan ke peringkat antarabangsa. Dengan lokasi strategik yang menghadap Laut China Selatan serta hubungan darat, udara dan laut yang cemerlang, ECER menjadi pintu masuk strategik ke rantau Asia Pasifik bagi para pelabur. Beberapa projek sedang dilaksanakan untuk meningkatkan kapasiti ECER dalam mengendalikan jumlah kargo yang lebih tinggi serta mengurangkan masa pemprosesan dan penghantaran.

Teruskan membaca untuk mengetahui beberapa projek transformasi utama yang sedang dilaksanakan di rantau ini.

land-air-sea

Kuantan Port

Ciri-ciri Terminal Air Dalam Baharu:

1. Kedalaman draf 18 meter
2. Mampu menerima kapal 200,000 DWT
3. Jarak dermaga 6,040M
4. Jarak henti 2.6 KM
5. Pemecah ombak 4,700M
6. Keluasan kawasan 295 hektar

Salah satu komponen utama dalam ekosistem logistik ECER ialah Pelabuhan Kuantan yang sedang diperluaskan menjadi sebuah pelabuhan air dalam bertaraf antarabangsa. Pembangunan ini akan mengukuhkan kedudukan ECER sebagai Pintu Masuk ke Asia Pasifik serta hab pengedaran dan logistik serantau yang menyediakan rangkaian perhubungan yang lancar di seluruh rantau ini. Pelabuhan Kuantan turut disokong oleh Pelabuhan Kemaman dan Pelabuhan Tok Bali yang berperanan sebagai pelabuhan pengumpan (feeder port).s.

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)

ECRL

Projek transformasi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan menghubungkan Pelabuhan Kuantan di Pantai Timur dengan Pelabuhan Klang di Pantai Barat serta ke seluruh negara. Hubungan terus antara dua pelabuhan utama di Semenanjung Malaysia ini akan mengurangkan sehingga 30 jam masa perjalanan yang lazimnya diperlukan untuk penghantaran kargo melalui Singapura. Ini sekali gus menawarkan pilihan logistik yang lebih cekap dan berdaya saing dari segi kos kepada para pelabur dan pedagang.

Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3)

Land, Air, Sea - LPT3

Sebagai sebahagian daripada Rangkaian Lebuhraya Asia, Lebuhraya Pantai Timur empat lorong ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan Pelabuhan Kuantan.

Fasa 3 projek infrastruktur utama ini, yang dianggarkan sepanjang 147km, merupakan kesinambungan kepada Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2. Ia memainkan peranan penting dalam pertumbuhan makroekonomi di rantau ini dengan menyediakan rangkaian jalan raya yang efisien bagi menyokong aktiviti perindustrian serta menghubungkan pusat-pusat ekonomi utama, bandar dan pekan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia ke Pantai Barat.

Jalan Lingkaran Tengah Utama

central spine road

Jalan Lingkaran Tengah Utama (Central Spine Road) ialah sebuah lebuh raya sepanjang 350km yang merentasi bahagian tengah Semenanjung Malaysia, sedang dibangunkan secara berfasa dari Kuala Krai, Kelantan hingga Simpang Pelangai, Pahang. Lebuh raya empat lorong tanpa tol ini merupakan pemangkin ekonomi utama yang menghubungkan kawasan luar bandar dan pekan kecil kepada pusat-pusat ekonomi di ECER. Ia juga meningkatkan jaringan perhubungan ke Koridor Pertumbuhan Utara dan Selatan. Laluan baharu ini memudahkan hubungan antara kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia ke Pantai Timur dan Pantai Barat, sekali gus membuka peluang pekerjaan dan perniagaan dalam sektor pelancongan, pertanian dan pembuatan, serta memastikan pembangunan ECER dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Air Transport Hub

ECER merupakan antara wilayah yang mempunyai beberapa lapangan terbang utama, dengan sebahagiannya sedang dan akan dinaik taraf bagi meningkatkan kapasiti pengendalian kargo serta penumpang.

Antara projek penaiktarafan utama ialah di lapangan terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan. Lapangan terbang ini sedang dinaik taraf ke arah status lapangan terbang serantau bagi memanfaatkan kedudukannya yang strategik berhampiran rantau Indochina yang pesat membangun. Ia juga akan diperkukuh sebagai hab kewangan dan komersial bagi menyokong aktiviti perdagangan rentas sempadan. Ketika ini, lapangan terbang ini merupakan antara yang tersibuk di Malaysia, iaitu ke-5 di Semenanjung dan ke-7 di peringkat nasional.

Sementara itu, lapangan terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu yang berfungsi sebagai lapangan terbang antarabangsa merupakan pintu masuk utama kepada sektor pelancongan pulau yang terkenal di peringkat global di negeri Terengganu. Lapangan terbang ini juga akan terus diperkukuh sebagai Pintu Gerbang Timur bagi pelancongan di seluruh ECER. Pada masa yang sama, penaiktarafan kapasiti pengendalian kargo akan memperkukuh peranannya sebagai hab logistik serantau, seterusnya merangsang pertumbuhan sosioekonomi melalui pewujudan pekerjaan serta peluang perniagaan baharu.