PELAN PEMBANGUNAN ECER 2026 2030
Pelan Pembangunan ECER 2026 hingga 2030 menggariskan hala tuju strategik bagi memacu pertumbuhan yang transformatif dan inklusif di Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Pelan ini dibangunkan berasaskan pencapaian pelan induk terdahulu serta meletakkan asas kepada pendekatan pembangunan wilayah yang lebih kolaboratif, dengan penekanan kepada kerjasama merentas sektor bagi merealisasikan aspirasi ekonomi rantau ini.

Bagi mencapai pembangunan ekonomi wilayah yang lebih seimbang di Malaysia, Wilayah ECER perlu berkembang pada kadar pertumbuhan yang lebih pantas iaitu 6-7% dan mencapai KDNK sebanyak
RM225 bilion.

Strategi pembangunan Wilayah ECER bertujuan untuk mencapai sasaran dengan merealisasikan jumlah pelaburan swasta sebanyak RM55 bilion dalam empat (4) teras utama - Bakul Makanan, Mencipta Destinasi, Pembuatan (Sektor Hard-to-Abate) dan Industri Maritim, disokong oleh dua (2) pemboleh daya, iaitu Tenaga Boleh Baharu dan Logistik.

Setiap teras dan pemboleh daya telah mengenal pasti bidang fokus yang selari dengan kekuatan dan ciri-ciri wilayah, bagi memastikan pendekatan yang lebih tersasar dan pelaksanaan yang lebih berfokus. Sebanyak 24 projek dan program utama yang dikenal pasti bertujuan untuk menyokong pelbagai dasar nasional dan membentuk strategi RMKe-13 untuk ECER. Projek dan program ini berpotensi menyokong hampir 50,000 peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan di wilayah ini.
