Taman Perindustrian Malaysia - China Kuantan (MCKIP) merupakan taman perindustrian pertama di Malaysia yang dianugerahkan status Taman Perindustrian Nasional. Dibangunkan secara bersama oleh Malaysia dan China, MCKIP dimodelkan berasaskan konsep taman berkembar dengan China Malaysia Qinzhou Industrial Park di China. Dibina di atas kawasan seluas 685 hektar, MCKIP menyasarkan industri bernilai tinggi bukan sahaja dari Malaysia dan China, malah dari pelbagai negara lain di peringkat global.
Kedudukan MCKIP yang berhampiran dengan Pelabuhan Kuantan serta taman perindustrian lain di ECER membolehkan sinergi yang kukuh bagi memacu pembangunan industri bernilai tinggi dan berteknologi maju seperti produk keluli tahan karat, elektrik dan elektronik, teknologi maklumat dan komunikasi, tenaga boleh diperbaharui serta sektor berkaitan lain.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai taman ini atau berminat untuk memulakan operasi di sini, sila hubungi:
Pengurus Besar, Pengurusan Pelabur
Aras 3, Menara PjH
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak
Presint 2
62100 Putrajaya
Tel: +603 8885 0038
