Kesalinghubungan Menyeluruh Memacu Pertumbuhan Sektor Swasta

Kedudukan strategik ECER di antara Eropah dan rantau Asia Pasifik, disokong oleh projek kesalinghubungan utama seperti Laluan Rel Pantai Timur, Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) dan penaiktarafan kemudahan pelabuhan serta lapangan terbang, sedang mentransformasikan Wilayah ini menjadi hab logistik dan pengangkutan antara mod yang cekap.

Peningkatan jaringan pengangkutan darat, rel, udara dan laut membuka peluang baharu kepada pemain sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan dalam industri logistik, pengangkutan dan perdagangan. Pelabur digalakkan untuk membangunkan serta mengendalikan hab logistik, pusat pengedaran dan perkhidmatan pengangkutan bagi menyokong peningkatan permintaan kargo dan penumpang.

ECERDC memudahcara pertumbuhan ini melalui penambahbaikan infrastruktur sokongan, penyelarasan jaringan perhubungan dan sokongan kepada penyertaan pelaburan swasta dalam pembangunan berasaskan logistik. Integrasi Laluan Rel Pantai Timur dengan Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Klang serta lapangan terbang utama seperti Kuantan, Kota Bharu dan Kuala Terengganu akan memperkukuh keterhubungan serantau dan antarabangsa, seterusnya memposisikan ECER sebagai koridor logistik antara mod utama negara.

Dengan masa transit yang lebih singkat, kecekapan rantaian bekalan yang dipertingkat serta akses yang lebih luas ke pasaran serantau, pelabur swasta dalam sektor logistik, pengangkutan dan perkhidmatan berkaitan berada pada kedudukan yang kukuh untuk memanfaatkan aliran perdagangan yang semakin berkembang dan kelebihan strategik Wilayah ini.

Kesalinghubungan Menyeluruh

Jaringan pengangkutan yang mantap antara Kawasan Pembangunan Utama ECER melalui darat, udara dan laut mempertingkatkan keterhubungan di seluruh Wilayah dan Semenanjung Malaysia, serta menyediakan laluan yang lebih pantas dan langsung ke negara ASEAN dan pasaran Asia Pasifik yang lain.

Peluang utama dalam sektor Logistik di ECER merangkumi: