Pahang
Pahang mempunyai asas ekonomi yang pelbagai merangkumi sektor perkhidmatan, pembuatan, pertanian dan logistik, disokong oleh zon perindustrian utama seperti Taman Perindustrian Malaysia-China (MCKIP) Kuantan, Taman Automotif Pekan (PAP), Taman Teknologi Pahang (PTP) dan Taman Halal Gambang (GHP). Negeri ini mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang stabil sepanjang dekad lalu, hasil kehadiran pelabur tempatan dan antarabangsa.
Menjelang tahun 2030, ekonomi Pahang dijangka berkembang daripada RM65 bilion kepada RM103 bilion, dipacu pertumbuhan sektor perkhidmatan berkaitan peralihan tenaga, logistik dan pelancongan, serta peningkatan aktiviti pemprosesan hiliran dan pengeluaran pertanian huluan.
Dengan Pelabuhan Kuantan berfungsi sebagai pelabuhan air dalam yang menghubungkan perdagangan serantau dan global, serta peningkatan kesalinghubungan di seluruh ECER, Pahang menawarkan ekosistem pelaburan yang kompetitif dan matang kepada pelabur dalam sektor pembuatan maju, logistik dan industri agro berasaskan nilai tambah.
Projek dan Program
- Siap
- Dalam Pelaksanaan
| No. | Projek |
|---|---|
| 1 | Kuantan Port Expansion Breakwater and External Infrastructure |
| 2 | Loji Rawatan Air Ganchong dan 41km Saluran Paip Agihan Air (Ganchong–Pekan–Tanjung Agas) |
| 3 | Pembangunan Bandar Pelabuhan Kuantan |
| 4 | Loji Rawatan Air Panching |
| 5 | Taman Automotif Pekan Kerja-kerja tanah dan kerja-kerja infrastruktur |
| 6 | Taman Halal Gambang Kerja-kerja tanah dan kerja-kerja infrastruktur |
| 7 | Taman Teknologi Pahang (PTP) Kerja-kerja tanah dan kerja-kerja infrastruktur dan bangunan Cybercenter |
| 8 | Pembangunan Kluster Herba Bersepadu (HICD) Chegar Perah, Lipis, Pahang |
| 9 | Ladang Nanas Bersepadu Rompin |
| 10 | Projek Agropolitan Pekan |
| 11 | Pusat Penyelidikan dan Inovasi Ternakan Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) |
| 12 | Taman Pemprosesan Ikan Bersepadu Kuantan (KIFPP) |
| 13 | Taman Negeri Tasik Chini Pembinaan Makmal Air Tawar dan kemudahan sokongan seperti asrama, kuarters dan kemudahan pelancong |
| 14 | Taman Negeri Rompin Construction of ‘Kinchin Rainforest Discovery Centre’ and associated facilities |
| 15 | Pembangunan Temerloh Titik Tengah Semenanjung, Temerloh, Pahang |
| 16 | Kerja-kerja Naik Taraf di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (NECC), Kuala Gandah |
| 17 | Pembangunan Kuantan Waterfront Kuantan 188, Laman Teruntum, kerja-kerja naik taraf promenade, kawasan paya bakau dan Serambi Teruntum |
| 18 | Pembangunan Pelancongan Warisan Pekan Pembangunan Pekan Riverfront merangkumi kerja-kerja baik pulih Muzium Sultan Abu Bakar dan Muzium Masjid Sultan Abdullah, serta pembinaan Serambi Pekan, Anjung Warisan dan Medan Ikan Bakar D’Kuala. |
| 19 | Kompleks Sukan Ketapang, Pekan |
| 20 | Pelancongan Pulau-Pulau Pahang: Pulau Tioman Kerja-kerja naik taraf infrastruktur dan kemudahan pelancongan |
| 21 | Saluran paip agihan air Kemaman–Gebeng |
| 22 | Taman Negeri Tasik Chini Sistem pemantauan kualiti air, penanaman benih teratai dan penghutanan semula |
| 23 | Pelancongan Pulau-Pulau Pahang: Pulau Tioman Naik taraf jeti di Kg. Genting dan Kg. Salang, pembinaan jambatan baharu di Sg. Mangkai |
| 24 | Penaiktarafan Pantai Hiburan, Rompin |
| 25 | Menaiktaraf Bangunan Lama di Pekan Lama |
| 26 | Pusat Pemuliharaan dan Maklumat Penyu Cerating |
| No. | Projek |
|---|---|
| 1 | Taman Perindustrian Malaysia–China Kuantan (MCKIP 3) |
| 2 | Pembinaan dan Penyiapan Fasiliti Infrastruktur Pelancongan untuk Kenderaan Rekreasi (RV) di Pantai Hiburan Rompin |
