[dynamic_page_shortcordx class="dynamic_page_sidebar" exclude="" aorder="true"]

Taman Halal Pasir Mas (PMHP)

HALMAS Certified Park

Complete first level infrastructure

Over 40 Hectares

Industrial lots with ready infrastructure

STRATEGICALLY LOCATED

from Malaysia-Thai Border
0 km
to Pengkalan Chepa Airport
0 km
to Kota Bharu
0 km

Taman Halal Pasir Mas (PMHP) merupakan sebuah taman perindustrian berstatus HALMAS yang dibangunkan bagi pengeluaran produk halal hiliran bernilai tinggi, termasuk herba, rempah ratus, produk berasaskan daging serta produk halal bukan makanan.

Taman ini dibangunkan di atas keluasan 108 ekar tanah dan dilaksanakan secara berfasa melalui Fasa 1 dan Fasa 2. Sebagai sebahagian daripada Fasa 1, Kompleks Perniagaan Usahawan telah dibina bagi menyokong keperluan perusahaan kecil dan sederhana.

PMHP dilengkapi dengan infrastruktur asas yang merangkumi rangkaian jalan raya, bekalan air, elektrik, sistem pembetungan serta kemudahan telekomunikasi bagi menyokong operasi industri.

Apakah HALMAS? 

HALMAS merupakan akreditasi yang diberikan kepada pengendali Taman Halal yang berjaya mematuhi keperluan serta garis panduan pembangunan Taman Halal yang ditetapkan oleh Halal Development Corporation. Status ini juga menjadi penanda aras kecemerlangan bagi taman perindustrian yang menekankan pengeluaran produk halal berkualiti tinggi, berintegriti dan selamat.

Dengan status HALMAS, pengendali, pemain industri serta penyedia perkhidmatan logistik berpeluang menikmati pelbagai insentif bagi menyokong pertumbuhan pemain sedia ada dan baharu dalam industri halal.

Industri Tumpuan

  • Makanan dan bukan makanan halal.
  • Produk berasaskan pertanian
  • Produk berasaskan daging
  • Rempah ratus, snek dan sos

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai taman ini atau berminat untuk memulakan operasi di sini, sila hubungi:

Pengurus Besar, Pengurusan Pelabur
Aras 3, Menara PjH 
No.2, Jalan Tun Abdul Razak
Presint 2
62100, Putrajaya

Tel: +603 8885 0038

Emel: im_secretariat@ecerdc.com.my