Kawasan yang dahulunya di bawah Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada tujuh Kawasan Pembangunan Utama ECER.
Melalui Dana Khas yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2010, ECERDC telah melaksanakan usaha pemerkasaan semula di kedua-dua kawasan ini dengan matlamat menjadikannya lebih selesa dan kondusif untuk didiami. Pembangunan di kawasan bekas DARA dan LKWJ turut dirangka semula bagi memperkukuh integrasi antara bandar dan luar bandar dalam ECER.
Kawasan DARA dan LKWJ merangkumi enam daerah, iaitu Temerloh, Bera, Maran, Jerantut, Pekan dan Rompin. Pelaksanaan pembangunan di daerah-daerah ini melibatkan kerja-kerja infrastruktur, naik taraf dan penyelenggaraan kemudahan komuniti, pemeliharaan nilai warisan kampung tradisi serta pelaksanaan projek-projek strategik. Kampung Tradisi, and the implementation of strategic projects.
Ketegori Projek
• Infrastruktur
• Kemudahan Awam
• Penyelenggaraan dan Operasi
• Kampung Tradisi
• Menaik Taraf Sekolah Agama
• Projek Strategik
Jengka Sentral
Menyediakan akses dan kemudahan yang lebih baik bagi menyokong pelajar serta komuniti setempat dengan peluang pembangunan yang lebih luas.
Kompleks Pemasaran dan Pameran PKS
Berfungsi sebagai platform bagi menyokong usahawan tempatan melalui kemudahan pemasaran, ruang pameran dan peluang pembangunan perniagaan.
Penyelenggaraan Taman Negara Kuala Tahan
Meningkatkan kemudahan serta perkhidmatan pelancongan bagi menyokong ekopelancongan di samping membuka peluang pertumbuhan kepada perniagaan tempatan.
