Bakul Makanan: Memacu Pertumbuhan Mampan Sektor Pertanian

Salah satu strategi utama bagi memastikan pertumbuhan yang transformatif dan inklusif di bawah tumpuan Bakul Makanan ECER ialah pemodenan sektor pertanian merangkumi tanaman, ternakan dan perikanan. Pendekatan berorientasikan masa hadapan ini menggalakkan kepelbagaian aktiviti, peningkatan skala pengeluaran serta penciptaan peluang pekerjaan dan keusahawanan baharu untuk komuniti setempat.

ECERDC menyokong transformasi ini melalui pelaburan dalam infrastruktur pemudah cara, galakan pelaburan sektor swasta, penerapan teknologi pertanian pintar serta pengukuhan kerjasama dengan kementerian, institusi penyelidikan dan pemain industri.

Berteraskan kejayaan terdahulu, tumpuan Bakul Makanan di bawah Pelan Pembangunan ECER 2026 hingga 2030 memberi penekanan kepada pengembangan pengeluaran tanaman bernilai tinggi, pembangunan lembah tenusu khusus bagi meningkatkan bekalan daging dan susu, serta peluasan aktiviti akuakultur selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2.0.

Memperkukuh Keterjaminan Makanan melalui Bakul Makanan

ECER menawarkan peluang pelaburan yang menarik kepada pelabur, khususnya dalam bidang pertanian berteknologi tinggi dan pengeluaran produk bernilai tinggi.

DESTINASI PELABURAN IDEAL

Pelabur tempatan dan asing semakin menjadikan ECER sebagai destinasi pelaburan pilihan, didorong oleh lokasi strategik serta dasar kerajaan yang menyokong persekitaran perniagaan yang kondusif.

Peluang strategik dalam Bakul Makanan ECER tertumpu kepada:

Pengeluaran
Tanaman

Pengeluaran Tenusu dan Daging Lembu

Penternakan
Akuakultur

Peluang Masa Hadapan


Seiring dengan keterjaminan makanan yang kekal sebagai salah satu keutamaan nasional, ECER menawarkan potensi pelaburan yang kukuh merentasi ekosistem agribisnes yang semakin berkembang. Ketersediaan tanah yang luas, asas pengeluaran yang telah mantap serta peningkatan tahap kesalinghubungan logistik menyediakan asas yang kukuh untuk pertanian berteknologi tinggi, pengeluaran agro makanan, pembangunan ternakan termasuk tenusu dan daging, serta projek akuakultur seperti tilapia, patin dan udang air tawar. Peluang ini menyokong permintaan domestik di samping aktiviti nilai tambah berorientasikan eksport.

ECERDC bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan sektor awam dan swasta bagi memudah cara pembentukan ekosistem pelaburan Bakul Makanan yang kondusif. Sekiranya anda berminat untuk melabur dalam tumpuan Bakul Makanan ECER atau mempunyai idea inovatif bagi mencipta nilai dalam sektor pertanian dan industri berkaitan, sila hubungi kami. Kami sedia berbincang mengenai peluang perniagaan serta menyokong perjalanan pelaburan anda di rantau ini.

Hubungi:

Pengurus Besar Pengurusan Perniagaan Tani
Aras 3, Menara PjH
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak
Presint 2
62100 Putrajaya

Telefon: +603 8885 0042

Emel: agribusiness@ecerdc.com.my