Terengganu
Ekonomi Terengganu sejak sekian lama dipacu oleh kekuatan sektor minyak, gas dan petrokimia, disokong oleh zon perindustrian utama seperti Taman Biopolimer Kertih dan Taman Perindustrian Berat Kemaman. Sepanjang dekad lalu, negeri ini terus mencatat pertumbuhan stabil dengan perkembangan sektor pembuatan, pelancongan, logistik dan pertanian huluan.
Pada masa hadapan, pertumbuhan ekonomi Terengganu dijangka dipercepat melalui pengukuhan peranan negeri dalam peralihan tenaga, pemprosesan hiliran serta sektor perkhidmatan berasaskan pelancongan. Menjelang tahun 2030, KDNK negeri ini dijangka meningkat daripada RM38 bilion kepada RM64 bilion, didorong oleh peningkatan permintaan dalam sektor logistik, pelancongan, pengeluaran agromakanan serta bidang pertumbuhan baharu dalam ekosistem perindustriannya.
Projek dan Program
- Siap
- Dalam Pelaksanaan
| No. | Projek |
|---|---|
| 1 | Pusat Bandar Kuala Terengganu (KTCC) Jambatan Angkat serta infrastruktur peringkat pertama bagi Muara Utara dan Muara Selatan |
| 2 | Jalan Lapangan Terbang Kuala Terengganu – KTCC Pembinaan jalan baharu sepanjang 3.8 km |
| 3 | Taman Biopolimer Kertih |
| 4 | Taman Industri Berat Kemaman |
| 5 | Pusat Pembiakan dan Inovasi Kambing Biri-Biri Kuala Berang |
| 6 | Pembangunan Kluster Bersepadu Herba Pasir Raja |
| 7 | Besut-Setiu Agropolitan |
| 8 | Ladang Pembiak Baka dan Komersial Kambing Telaga Papan |
| 9 | Pelancongan Kepulauan Terengganu: Pulau Perhentian Kecil, Pulau Perhentian Besar, Pulau Kapas, Pulau Lang Tengah & Pulau Redang Naik taraf infrastruktur seperti jeti, laluan pejalan kaki (boardwalk), sistem perparitan dan kemudahan awam. |
| 10 | Pelancongan Pantai Bandar Dungun Kerja-kerja Perlindungan Pantai Teluk Lipat (Headland no 1-8) |
| 11 | Pelancongan Pulau-Pulau di Terengganu: Pulau Kapas Penaiktarafan Sistem Solar Hibrid |
| No. | Projek |
|---|---|
| 1 | Jalan Lapangan Terbang Kuala Terengganu – KTCC |
| 2 | Promenad Pusat Bandar Kuala Terengganu (Fasa 1) |
| 3 | Taman Biopolimer Kerteh (KBP) SME Fasa 1B |
| 4 | Taman Biopolimer Kerteh (KBP) SME Fasa 1B |
