
ECER Automotive Hub

Matured Ecosystem
Surrounded by automotive players
STRATEGICALLY LOCATED
Taman Automotif Pekan (PAP) merupakan taman automotif bersepadu sepenuhnya yang dilengkapi dengan industri sokongan serta kemudahan bersama seperti Pusat Ujian Nasional, pusat penyelidikan dan pembangunan, hab logistik serta pusat pameran. HICOM Automotive Manufacturers (M) Sdn Bhd merupakan antara pemain perintis di taman ini .
Dengan hampir 30 tahun beroperasi, PAP dibangunkan sebagai pusat pengeluaran automotif di bawah Dasar Automotif Negara. Pada masa kini, PAP menempatkan barisan pengeluaran bertaraf dunia bagi jenama terkemuka seperti Mercedes Benz, Volkswagen, Isuzu dan Mitsubishi.
Peluang Pelaburan di PAP Merangkumi
- Pengeluar alat ganti dan komponen automotif.
- Pengeluar pemasangan automotif.
- Pengeluar aksesori kenderaan.
- Kenderaan hibrid dan elektrik.
- Kenderaan pikap dan kenderaan komersial.
- Motosikal dengan kapasiti enjin 200cc dan ke atas.
- Penyedia penyelidikan dan pembangunan serta teknologi.
Untuk kenderaan penumpang dengan kapasiti enjin 1,800cc dan ke atas serta harga atas jalan tidak kurang daripada RM150,000.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai taman ini atau berminat untuk memulakan operasi di sini, sila hubungi:
Pengurus Besar, Pengurusan Pelabur
Aras 3, Menara PjH
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak
Presint 2
62100 Putrajaya
Tel: +603 8885 0038