Taman Industri Tok Bali (TBIP) bakal menjadi destinasi pelaburan baharu bagi pelabur tempatan dan asing yang ingin mengembangkan perniagaan dalam sektor pembuatan am serta pemprosesan hiliran produk pertanian, dengan akses yang mudah ke pasaran di Selatan Thailand dan Wilayah Mekong Raya. Dengan keluasan kira-kira 81 hektar, TBIP akan dilengkapi dengan infrastruktur yang lengkap dan sedia digunakan, membolehkan pelabur memulakan pelan pembangunan mereka dengan segera.
TBIP terletak berhampiran dengan Lingkaran Tengah Utama (LTU), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) yang akan datang, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta Pangkalan Bekalan Tok Bali. Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, yang terletak dalam radius 50 kilometer, dijangka menjadi lapangan terbang serantau selepas projek pembesarannya siap. Ini membolehkan akses dan pergerakan yang lebih mudah ke dan dari TBIP.
Kewujudan Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali (TBIFP) dan Pangkalan Bekalan Tok Bali terus memperkukuh kedudukan TBIP sebagai hab pembuatan bernilai tambah, serta aktiviti pertengahan rantaian (midstream) dan hiliran.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai taman perindustrian ini atau berminat untuk menjalankan operasi di sini, sila hubungi:
Pengurus Besar, Pengurusan Pelabur
Aras 3, Menara PjH
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak
Presint 2
62100 Putrajaya
Tel: +603 8885 0038
