Visi
MENJADI WILAYAH MAJU
• DISTINGTIF • DINAMIK • BERDAYA SAING
Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang serta daerah Mersing dan Segamat di Johor, merupakan wilayah yang sedang melalui transformasi pesat dan muncul sebagai destinasi pelaburan yang unik, dinamik dan berdaya saing. Meliputi lebih 69,000 kilometer persegi atau 52% daripada keluasan Semenanjung Malaysia, ECER dihuni lebih 5 juta penduduk, mewakili kira kira 15% daripada jumlah populasi negara. Pertumbuhan ekonomi wilayah ini dipacu oleh empat teras strategik utama iaitu Bakul Makanan Negara, Destinasi Pelancongan, Pembuatan dan Industri Marin, disokong oleh kemajuan dalam logistik, infrastruktur, pembangunan hartanah serta kelestarian alam sekitar, sekali gus menjadikan ECER destinasi ideal untuk perniagaan, pelaburan dan kehidupan berkualiti.
PELAN PEMBANGUNAN ECER 2026 - 2030
Berdasarkan pencapaian EMP 2.0, Pelan Pembangunan ECER 2026 hingga 2030 merangka fasa seterusnya bagi transformasi Wilayah ini. Pelan ini berfungsi sebagai pelan hala tuju strategik untuk memacu pertumbuhan yang seimbang dan mampan melalui pengukuhan kluster industri, pemerkasaan tenaga boleh baharu dan pendigitalan, penambahbaikan kesalinghubungan serta peningkatan akses kepada perkhidmatan asas. Dengan penekanan yang lebih jelas terhadap keterangkuman dan daya tahan ekonomi, Pelan Pembangunan ECER 2026 hingga 2030 meletakkan Wilayah ini sebagai koridor ekonomi yang berdaya saing dan bersedia menghadapi masa hadapan.
KAWASAN PEMBANGUNAN UTAMA
Enam Kawasan Pembangunan Utama di rantau ini melaksanakan strategi penyahpusatan berfokus bagi menumpukan pelaburan swasta ke kawasan-kawasan tertentu.
Lonjakan Pertumbuhan KDNK
Wilayah ECER dalam Rancangan Malaysia Ke-13
Objektif
Bagi merapatkan jurang pembangunan, Wilayah ECER memberi tumpuan kepada pemacuan pertumbuhan wilayah melalui pelaburan strategik yang diterajui sektor swasta dalam sektor-sektor berimpak tinggi.
Objektif

Membangunkan kluster ekonomi sedia ada dan baharu dengan memanfaatkan sumber Wilayah ECER, mempergiat aktiviti hiliran serta mempelbagaikan bidang pertumbuhan baharu.

Mengintegrasikan Wilayah ECER dalam rantaian bekalan global dengan menumpukan pada segmen industri tertentu serta memperkukuh sinergi antara industri tersebut.

Mewujudkan ekosistem yang kondusif bagi memenuhi keperluan pelabur, termasuk memastikan ketersediaan bakat tempatan dan daya saing Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
