[dynamic_page_shortcordx class="dynamic_page_sidebar" exclude="" aorder="true"]

Pahang

Pahang mempunyai asas ekonomi yang pelbagai merangkumi sektor perkhidmatan, pembuatan, pertanian dan logistik, disokong oleh zon perindustrian utama seperti Taman Perindustrian Malaysia-China (MCKIP) Kuantan, Taman Automotif Pekan (PAP), Taman Teknologi Pahang (PTP) dan Taman Halal Gambang (GHP). Negeri ini mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang stabil sepanjang dekad lalu, hasil kehadiran pelabur tempatan dan antarabangsa.

Menjelang tahun 2030, ekonomi Pahang dijangka berkembang daripada RM65 bilion kepada RM103 bilion, dipacu pertumbuhan sektor perkhidmatan berkaitan peralihan tenaga, logistik dan pelancongan, serta peningkatan aktiviti pemprosesan hiliran dan pengeluaran pertanian huluan.

Dengan Pelabuhan Kuantan berfungsi sebagai pelabuhan air dalam yang menghubungkan perdagangan serantau dan global, serta peningkatan kesalinghubungan di seluruh ECER, Pahang menawarkan ekosistem pelaburan yang kompetitif dan matang kepada pelabur dalam sektor pembuatan maju, logistik dan industri agro berasaskan nilai tambah.

Projek dan Program

No.Projek
1Kuantan Port Expansion
Breakwater and External Infrastructure
2Loji Rawatan Air Ganchong dan 41km Saluran Paip Agihan Air (Ganchong–Pekan–Tanjung Agas)
3Pembangunan Bandar Pelabuhan Kuantan
4Loji Rawatan Air Panching
5Taman Automotif Pekan
Kerja-kerja tanah dan kerja-kerja infrastruktur
6Taman Halal Gambang
Kerja-kerja tanah dan kerja-kerja infrastruktur
7Taman Teknologi Pahang (PTP)
Kerja-kerja tanah dan kerja-kerja infrastruktur dan bangunan Cybercenter
8Pembangunan Kluster Herba Bersepadu (HICD) Chegar Perah, Lipis, Pahang
9Ladang Nanas Bersepadu Rompin
10Projek Agropolitan Pekan
11Pusat Penyelidikan dan Inovasi Ternakan Lembu Muadzam Shah (MSCRIC)
12Taman Pemprosesan Ikan Bersepadu Kuantan (KIFPP)
13Taman Negeri Tasik Chini
Pembinaan Makmal Air Tawar dan kemudahan sokongan seperti asrama, kuarters dan kemudahan pelancong
14Taman Negeri Rompin
Construction of ‘Kinchin Rainforest Discovery Centre’ and associated facilities
15Pembangunan Temerloh Titik Tengah Semenanjung, Temerloh, Pahang
16Kerja-kerja Naik Taraf di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (NECC), Kuala Gandah
17Pembangunan Kuantan Waterfront
Kuantan 188, Laman Teruntum, kerja-kerja naik taraf promenade, kawasan paya bakau dan Serambi Teruntum
18Pembangunan Pelancongan Warisan Pekan
Pembangunan Pekan Riverfront merangkumi kerja-kerja baik pulih Muzium Sultan Abu Bakar dan Muzium Masjid Sultan Abdullah, serta pembinaan Serambi Pekan, Anjung Warisan dan Medan Ikan Bakar D’Kuala.
19Kompleks Sukan Ketapang, Pekan
20Pelancongan Pulau-Pulau Pahang: Pulau Tioman
Kerja-kerja naik taraf infrastruktur dan kemudahan pelancongan
21Saluran paip agihan air Kemaman–Gebeng
22Taman Negeri Tasik Chini
Sistem pemantauan kualiti air, penanaman benih teratai dan penghutanan semula
23Pelancongan Pulau-Pulau Pahang: Pulau Tioman
Naik taraf jeti di Kg. Genting dan Kg. Salang, pembinaan jambatan baharu di Sg. Mangkai
24Penaiktarafan Pantai Hiburan, Rompin
25Menaiktaraf Bangunan Lama di Pekan Lama
26Pusat Pemuliharaan dan Maklumat Penyu Cerating
No.Projek
1Taman Perindustrian Malaysia–China Kuantan (MCKIP 3)
2Pembinaan dan Penyiapan Fasiliti Infrastruktur Pelancongan untuk Kenderaan Rekreasi (RV) di Pantai Hiburan Rompin