[dynamic_page_shortcordx class="dynamic_page_sidebar" exclude="" aorder="true"]

Terengganu

Ekonomi Terengganu sejak sekian lama dipacu oleh kekuatan sektor minyak, gas dan petrokimia, disokong oleh zon perindustrian utama seperti Taman Biopolimer Kertih dan Taman Perindustrian Berat Kemaman. Sepanjang dekad lalu, negeri ini terus mencatat pertumbuhan stabil dengan perkembangan sektor pembuatan, pelancongan, logistik dan pertanian huluan.

Pada masa hadapan, pertumbuhan ekonomi Terengganu dijangka dipercepat melalui pengukuhan peranan negeri dalam peralihan tenaga, pemprosesan hiliran serta sektor perkhidmatan berasaskan pelancongan. Menjelang tahun 2030, KDNK negeri ini dijangka meningkat daripada RM38 bilion kepada RM64 bilion, didorong oleh peningkatan permintaan dalam sektor logistik, pelancongan, pengeluaran agromakanan serta bidang pertumbuhan baharu dalam ekosistem perindustriannya.

Projek dan Program

No.Projek
1Pusat Bandar Kuala Terengganu (KTCC)
Jambatan Angkat serta infrastruktur peringkat pertama bagi Muara Utara dan Muara Selatan
2Jalan Lapangan Terbang Kuala Terengganu – KTCC
Pembinaan jalan baharu sepanjang 3.8 km
3Taman Biopolimer Kertih
4Taman Industri Berat Kemaman
5Pusat Pembiakan dan Inovasi Kambing Biri-Biri Kuala Berang
6Pembangunan Kluster Bersepadu Herba Pasir Raja
7Besut-Setiu Agropolitan
8Ladang Pembiak Baka dan Komersial Kambing Telaga Papan
9Pelancongan Kepulauan Terengganu: Pulau Perhentian Kecil, Pulau Perhentian Besar, Pulau Kapas, Pulau Lang Tengah & Pulau Redang
Naik taraf infrastruktur seperti jeti, laluan pejalan kaki (boardwalk), sistem perparitan dan kemudahan awam.
10Pelancongan Pantai Bandar Dungun
Kerja-kerja Perlindungan Pantai Teluk Lipat (Headland no 1-8)
11Pelancongan Pulau-Pulau di Terengganu: Pulau Kapas
Penaiktarafan Sistem Solar Hibrid
No. Projek
1 Jalan Lapangan Terbang Kuala Terengganu – KTCC
2 Promenad Pusat Bandar Kuala Terengganu (Fasa 1)
3 Taman Biopolimer Kerteh (KBP) SME Fasa 1B
4 Taman Biopolimer Kerteh (KBP) SME Fasa 1B