Kelantan
Dengan lokasi yang bersempadan dengan Selatan Thailand dan rantau Indochina, Kelantan memainkan peranan penting sebagai Gerbang Rentas Sempadan serta pusat logistik strategik bagi kawasan timur laut Semenanjung Malaysia.
Ekonomi negeri ini menunjukkan perkembangan stabil sepanjang dekad lalu, disokong oleh sektor perkhidmatan berkaitan pelancongan dan logistik, selain aktiviti pertanian serta sektor pembuatan yang semakin berkembang. Pada masa hadapan, pertumbuhan ekonomi Kelantan dijangka terus diperkukuh melalui peningkatan aliran pelancong, pemodenan sektor pertanian serta pertumbuhan perdagangan rentas sempadan.
Menjelang tahun 2030, KDNK Kelantan dijangka meningkat daripada RM28 bilion kepada RM46 bilion, mencerminkan peluang baharu pelaburan swasta dalam sektor pelancongan, logistik dan industri berasaskan agro, sejajar dengan penambahbaikan kesalinghubungan dan jaringan serantau.
Projek dan Program
- Siap
- Dalam Pelaksanaan
| No. | Projek |
|---|---|
| 1 | Taman Halal Pasir Mas |
| 2 | Loji Rawatan Air Kelar (Fasa 1), Pasir Mas |
| 3 | Agropolitan Kelantan Selatan |
| 4 | Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali (TBIFP) |
| 5 | Naik Taraf Loji Rawatan Air Wakaf Bunut dan Penyediaan Infrastruktur Peringkat Pertama di Tanah LKIM dan Jabatan Perikanan (DOF) |
| 6 | Pusat Pengumpulan, Pemprosesan & Pembungkusan Pengkalan Kubor (CPPC) |
| 7 | Plaza IMT-GT di Bukit Bunga, Tanah Merah |
| 8 | Pembangunan Semula Kampung Laut, Tumpat sebagai Kampung Pelancongan Warisan |
| 9 | Pulau Suri, Tumpat |
| 10 | Pembangunan Semula Pasar Terapung |
| 11 | Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali (TBIFP) |
| 12 | Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan, Tangki Air dan Utiliti |
| No. | Projek |
|---|---|
| 1 | Jambatan Palekbang-Kota Bharu |
| 2 | Loji Rawatan Air Kelar (Fasa 2), Pasir Mas |
| 3 | Jeti Pendaratan Tambahan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Tok Bali |
| 4 | Taman Industri Tok Bali (TBIP) |
| 5 | Menaiktaraf Kemudahan dan Infrastruktur Awam di Rantau Panjang |
| 6 | Zon Pelancongan Bersepadu Geting di Pantai Geting |
