Pelan Pembangunan ECER - Teras Utama dan Pemboleh Daya

Pelan Pembangunan ECER 2026 hingga 2030 menggariskan hala tuju strategik bagi memacu pertumbuhan yang transformatif dan inklusif di Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Pelan ini dibangunkan berasaskan pencapaian pelan induk terdahulu serta meletakkan asas kepada pendekatan pembangunan wilayah yang lebih kolaboratif, dengan penekanan kepada kerjasama merentas sektor bagi merealisasikan aspirasi ekonomi rantau ini.


Bagi mencapai pembangunan ekonomi wilayah yang lebih seimbang di Malaysia, Wilayah ECER perlu berkembang pada kadar pertumbuhan yang lebih pantas iaitu 6-7% dan mencapai KDNK sebanyak RM225 bilion.

Strategi pembangunan Wilayah ECER bertujuan untuk mencapai sasaran dengan merealisasikan jumlah pelaburan swasta sebanyak RM55 bilion dalam empat (4) teras utama - Bakul Makanan, Mencipta Destinasi, Pembuatan (Sektor Hard-to-Abate) dan Industri Maritim, disokong oleh dua (2) pemboleh daya, iaitu Tenaga Boleh Baharu dan Logistik.

Setiap teras dan pemboleh daya telah mengenal pasti bidang fokus yang selari dengan kekuatan dan ciri-ciri wilayah, bagi memastikan pendekatan yang lebih tersasar dan pelaksanaan yang lebih berfokus. Sebanyak 24 projek dan program utama yang dikenal pasti bertujuan untuk menyokong pelbagai dasar nasional dan membentuk strategi RMKe-13 untuk ECER. Projek dan program ini berpotensi menyokong hampir 50,000 peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan di wilayah ini.

Overall, the Development Plan reflects ECERDC’s commitment to sustainable, balanced, and resilient growth. By investing in infrastructure, advancing digitalisation and renewable energy, and strengthening industry linkages, ECER is well-positioned to remain a competitive and future-ready economic corridor.

Find out more about ECER’s Key Thrusts and Enablers and the opportunities and benefits awaiting investors.

Key Thrusts

Bakul Makanan

ECER memberi tumpuan kepada peningkatan pengeluaran pertanian huluan serta pemprosesan makanan hiliran bagi menyokong tahap sara diri makanan negara dan mengurangkan kebergantungan kepada import.

Mencipta Destinasi

Pertumbuhan pelancongan akan dipacu melalui penambahbaikan produk dan tarikan pelancongan serta peningkatan ketibaan pelawat dan hasil pelancongan, disokong oleh kesalinghubungan serantau termasuk penerbangan baharu dan tambahan.

Pembuatan

Sektor pembuatan diposisikan untuk pertumbuhan bernilai tinggi dengan penekanan kepada industri berintensif tinggi seperti automotif, pemprosesan mineral dan tenaga boleh diperbaharui, disokong oleh pembangunan serantau serta peluang pelaburan yang tersedia.

Industri Maritim

Teras ini memfokuskan pembangunan industri pembinaan dan pembaikan kapal di ECER, selari dengan Pelan Induk Perindustrian Negara 2030, di samping aktiviti pembuatan berkaitan industri marin.

Pemboleh Daya

Logistik

Industri logistik akan diperkukuh melalui penyiapan Laluan Rel Pantai Timur serta pelaksanaan Projek Pemangkin Ekonomi yang akan meningkatkan perdagangan dan kesalinghubungan serantau.

Tenaga Boleh Baharu

ECER memperluaskan sektor tenaga boleh diperbaharui dengan menarik pelaburan dalam tenaga solar, bio tenaga, hidrogen serta inisiatif pemerangkapan karbon bagi menyokong peralihan tenaga negara.