Beris Lalang lokasi pertama CPMC kenaf

Harian Metro, Bisnes; May 3, 2008
LEMBAGA Tembakan Negara (LTN) mengenal pasti kawasan seluas 0.5 hektar di
Beris Lalang, Bachok di Kelantan sebagal lokasi pertama di Wilayah Ekonomi-
Pantai Timur (ECER) bagi pembinaan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan
Pemasaran (CPMC) tanaman kenaf.
Inisiatif itu sejajar dengan rancangan ECER untuk mempromosikan tanaman kenaf
iaitu sejenis tanaman yang menghasilkan serat berkualiti tinggi selain menyedia
sumber pendapatan baru kepada petani.
Pusat itu akan dibuka buIan ini dan akan diuruskan Symphony Advance Sdn Bhd
(SASB) untuk mengendalikan aktiviti pemprosesan dan pemasaran kenaf.
Pengarah Urusannya, Iman Shah Ismail, berkata pihaknya memperuntukkan lebih
RM1 juta sehingga kini dan akan terus melabur pada masa akan datang bergantung
kepada operasi pembèkalan kenaf.
Menurutnya, pihaknya bercadang mewujudkan lebih banyak CPMC terutama yang
bersaiz kedil berdekatan dengan ladang kenaf.
“Kami sudah mengenalpasti beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu. Malah,
ECER dan LTN akan menguruskan CPMC itu berdasarkan jadual penanaman kenaf.
“Buat masa ini, kami menguruskan pengeluaran kenaf sebanyak 1,000 metrik tan
sebulan dan menjangka meningkatkannya kepada 3,000 tan pada September depan
dan 10,000 tan menjelang 2009,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di
Kuala Lumpur, semalam.
Katanya, kapasiti pengeluaran tanaman itu bergantung kepada pembekalan yang
ditetapkan LTN.
Iman Shah berkata, pihaknya sudah mula mengeksport serbuk kenaf mulai Februari
lalu ke negara perindustrian utama seperti Jepun dan Korea.
Beliau berkata, SASB sebahagian daripada kumpulan syarikat AqilQisti yang
mempunyai rangkaian perniagaan dalam media, teknologi dan pertanian.
Kenaf adalah pilihan tanaman pertanian terbaru di bawah ECER memandangkan ia
mempunyai pasaran yang besar selain mampu diproses menjadi kertas, pakaian,
kelengkapan binaan, aksesori kereta dan biofueL Menerusi pelan pembangunan ECER, seluas 10,000 hektar tanah disasarkan untuk
tanaman kenaf dan ia juga akan membantu meningkatkan sumber pendapatan
kepada kira-kira 10,000 kumpulan petani tembakau serta membuka peluang kerja
baru.