Syarikat konglomerat tempatan, Sendok Group membuka pusat servis pertama bagi jenama kenderaan komersial Sinotruk di Pantai Timur, dekat Kuantan. Pusat servis yang berkonsepkan 4S itu membabitkan pelaburan sebanyak RM2 juta dan berfungsi sebagai pusat jualan, servis, alat ganti kepada pelanggan trak tugas berat, Sinotruk.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Sendok Group, Gwee Bok Wee, berkata pusat berkenaan mempunyai ruang bengkel seluas 2,134 meter persegi dan disokong oleh gudang seluas 1,280 meter persegi untuk alat ganti. Perkhidmatan bergerak “Pembukaan pusat 4S yang baharu ini membuktikan komitmen kami untuk me – ngembangkan perniagaan dan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di wilayah Pantai Timur.
“Perkhidmatan servis bergerak juga disediakan untuk penyelenggaraan dan penghantaran alat ganti yang pantas kepada pelanggan selain kemudahan mesin penjajaran tayar khas untuk trak dan treler yang diimport khas dari Sweden,” katanya selepas Majlis pelancaran pembukaan pusat 4S di Batu 3, di Kuantan.
Bok Wee berkata, pusat 4S itu adalah kerjasama antara Sendok Group dengan syarikat penyedia perkhidmatan trak, TTS Engineering Group Sdn Bhd. Pusat itu juga yang kelima bagi syarikat itu dalam rang – kaian 50 pengedar dan pusat servis di seluruh negara. “Kami menjangkakan permintaan yang mampan terhadap kenderaan komersial berkualiti tinggi terutamanya di kawasan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) serta pembangunan industri seperti Taman Perindustian Kuantan Malaysia-China (MCKIP).
“Selain itu, kami yakin pusat 4S ini menjadi pusat sehenti yang menawarkan perkhidmatan jualan dan selepas jualan yang komprehensif,” katanya. Pada majlis itu juga, Sen – dok Group selaku pengedar rasmi trak tugas berat keluaran Sinotruck Group melancarkan model Sinotruck T7H baharu dengan kapasiti 540 kuasa kuda serta ditawarkan bersama struktur jaminan ‘T Series’ selama lima tahun tanpa had perbatuan.