BPM PERKENAL KHIDMAT BARU PERTANIAN JUN

Harian Metro, Bisnes; April 5, 2008
BANK Pertanian Malaysia (BPM) merancang memperkenalkan beberapa produk
dan perkhidmatan baru untuk komuniti pertanian terutama yang terbabit dalam
projek pembangunan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bermula Jun
depan.
Dalam kenyataan semalam, BPM berkata inisiatif itu akan memberi pendedahan
kepada komuniti pertanian di kawasan pembangunan itu.
Pengurus Besarnya, Martini Osman, berkata pihaknya sedang dalam
perancangan untuk memperkenalkan beberapa produk dan perkhidmatan
terbaru itu yang akan dilancarkan bermula suku kewangan kedua depan bagi
memenuhi kehendak yang tinggi daripada komuniti berkenaan.
“Bagi melancarkan rancangan itu, kami juga memudahkan akses kepada
pinjaman selain mengemaskini polisi pinjaman, sistem penyampaian dan
meningkatkan sistem ICT,” katanya.
Kemudahan itu membabitkan penyediaan syarat cagaran yang longgar terutama
bagi kemudahan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Martini berkata, menerusi pengenalan identiti korporat ini, pihaknya akan
memperluas skop pinjamannya, memperkenalkan produk baru dan
mengemaskini kemudahan sedia.