Dapat kontrak

10/1/2010 — Berita Harian
Fajarbaru Builder Group Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Fajarbaru Builder Sdn Bhd, mendapat kontrak bernilai RM62.377 juta daripada Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur.
Kontrak itu adalah bagi membina dan menyiapkan kerja tanah untuk Pakej 1 seluas 44 hektar dan pembinaan insfrastruktur bagi pembangunan fasa 2, Taman Perindustrian Automotif, Pekan-Peramu, Pahang.
Kontrak itu, katanya dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan itu untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2011 dan 2012.