ECER CARI PERUNDING

Jawatankuasa Pembangunan Wilayah Eknomi Pantai Timur (ECER)
sedang mencari perunding dan pakar industri untuk melaksanakan
kajian kemungkinan.
Bidang kepakaran yang diperlukan termasuklah perniagaan atau
kewangan, khususnya dalam bidang analisis pasaran, daya maju
perniagaan, kajian kemungkinan kewangan, struktur pelaburan,
kewangan korporat dan struktur pengurusan.
Pakar dalam kajian sosio ekonomi dalam bidang kemiskinan, komuniti
komersil dan perindustrian Bumiputera serta pembangunan PKS, turut
digalakkan memohon, menurut kenyataan Sekretariat ECER semalam.