ECER percepat usaha basmi kemiskinan

12/4/2010 — Utusan Malaysia
Projek pembangunan di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) akan mempercepatkan usaha kerajaan negeri membasmi keniiskinan tegar secara menyeluruh menerusi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada golongan tersebut.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, peluang tersebut akan diwujudkan secara holistik dipelbagai peringkat untuk memastikan golongan sasaran seperti ibu tunggal dan anak anak mereka menerima kesan langsung danpada limpahan pembangunan.
“Kerajaan negeri memberi tumpuan secara efektif di setiap daerah dengan mernbantu mereka dari segi bantuan kewangan dan membuka peluang pekerjaan.
“ECER juga membantu dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk tujuan tersebut,” katanya ketika di temui seiepas mengadakan lawatan kerja di sini semalam.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Mersing Datuk Dr Abdu Latif Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Datuk Zainal Abidin Osman.
Abdul Ghani berkata, matlamat kerajaan negeri mengurangkan jumlah miskin tegar akan tercapai dengan mewujudkan peluang baru kepada gotongan tersebut terutama selepas mereka mendapat latihan kemahiran di agensi berkaitan.
Beliau berkata, antara kesan langsung ECER yang dirasai golongan terbabit ialah pusat pembinaan dan pembaikan bot serta projek jahitan Giat Mara di Mersing.
Sementara itu, katanya Mersing merupakan satu-satunya daerah di Johor yang terlibat dalam ECER dan pembangunan itu diyakini tidak akan menjejaskan keindahan alam sekitarnya yang terkenal dengan pelbagai pulau menarik.
Tambahnya, bagi memajukan lagi daerah berkenaan kerajaan negeri memperuntukkan RM200 futa bagi membina jalan pesisir pantai dari Tanjung Sedili ke Mersing.
“Bagi meningkatkan lagi sektor pelancongan, kerajaan sedang bercadang untuk membangunkan inap desa di pulau pulau selain meningkatkan dan menaik taraf resort yang sedia ada.
“Apa yang penting semua pembangunan yang dijalankan tersebut tidak akan merosakkan sistem perparitan dan keindahan pantai di sini selain membawa pembangunan menyeluruh kepada masyarakat,” katanya.