Jahitan ubah kehidupan Sumathi

3/12/2013 — Utusan Malaysia

KUALA LIPIS 11 Mac – Menceburi bidang keusahawanan merupakan satu rahmat kepada seorang tukang jahit, V.Sumathi, 31, apabila mampu meningkatkan pendapatan keluarga berbanding bekerja dengan sebuah syarikat swasta di sini.

Sumathi yang kini memiliki kedai sendiri iaitu Collection Boutique yang terletak di Pekan Benta di sini terharu kerana kursus jahitan yang diikuti di bawah kendalian program Empower anjuran Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) benar-benar mengubah kehidupannya.
Katanya, sebelum menyertai kursus tersebut, dia bekerja dengan sebuah syarikat swasta di Benta dengan memperoleh pendapatan RM400 sebulan.