TOK BALI 31 Jan. – Sebuah kampung nelayan akan dibina dalam Wilayah Koridor Ekonomi Pantai
Timur (ECER) di Tok Bali, Kelantan, melibatkan pembinaan 300 buah rumah nelayan.
Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Mustafa Ahmad dalam satu kenyataan
berkata, 200 rumah akan dibina oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah,
manakala 100 lagi ditampung oleh kewangan Tabung Nelayan.
— Utusan Online (Ekonomi)